Sunday, December 15, 2013

MAKANAN UNTUK DIET SEHAT YANG BAIK


MAKANAN UNTUK DIET SEHAT YANG BAIK



Kebanyakan individu sering mengaitkan diet dengan penurunan berat badan. Ini hanyalah mitos semata-mata. Hakikatnya, diet merupakan satu pelan pemakanan yang diamalkan untuk mendapatkan kesihatan yang baik. Sama ada seseorang individu itu bertubuh besar mahupun kecil, diet yang sihat dan seimbang adalah penting untuk kesihatan masing-masing. Pemilihan makanan merupakan salah satu cara yang paling mudah bagi amalan makanan untuk diet sehat yang baik.


Memperbanyak makan buah-buahan dapat membantu pengamalan diet yang sihat. setiap pasaraya terdapat banyak pilihan buah-buah yang pastinya enak dan mempunyai khasiatnya tersendiri seperti buah epal, nenas, pisang, betik dan sebagainya. Contohnya, bual epal merupakan sumber serat makanan yang baik. Serat makanan bukan sahaja membantu melancarkan sistem penghadaman, tetapi ia juga turut membantu mengurangkan kolestrol di dalam badan. Individu yang mengamalkan memakan buah epal sekurang-kurangnya dua kali dalam sehari akan menurukan kadar kolestrol sebanyak 16%. Selain itu, epal juga tidak menghasilkan sebarang kalori yang mungkin akan mengganggu proses anda untuk menguruskan badan bagi mereka yang mahu menurunkan berat badan. Rasa manis semula jadi yang ada pada sebiji epal pula dapat mengawal kadar gula dalam darah secara efektif dan hal ini jarang diberikan perhatian oleh si pemakannya. Selain bertindak menyihatkan jantung, buah epal juga turut berfungsi mengelak tulang daripada mengalami kerapuhan ataupun osteoporosis kerana ia mengandungi mineral lain seperti kalsium, magnesium, potasium, zat besi dan zinc. Amalan memakan buah epal boleh menggantikan tabiat memakan snek. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa seseorang yang memakan sebiji epal sehari adalah lebih baik berbanding orang yang memakan makanan diet lain seperti roti, biskut dan sebagainya. Tukarlah snek harian anda kepada snek buah-buahan yang pastinya lebih menyihatkan.


Ada individu yang tidak menggemari ikan kerana baunya yang hanyir dan cara penyediaan yang agak sukar kerana ikan perlu disiang dan dibersihkan dahulu sebelum memasaknya. Sedangkan, ikan memberikan tubuh badan sumber protein utama selain ayam dan juga daging lembu. Bagi individu seperti ini dan pengamal diet yang mahukan kelainan mereka boleh memilih ikan salmon sebagai pengganti kepada ikan segar yang lain. Hal ini kerana makanan laut merupakan diet yang dapat membantu seseorang individu itu kekal sihat. Biarpun ikan turut mengandungi lemak, lemak tersebut dapat membantu seseorang individu itu berasa kenyang untuk tempoh masa yang agak lama dan perkara ini telah terbukti dalam satu kajian yang dilakukan oleh pakar. Ikan salmon mengandungi Omega-3 yang memperkuat kelenturan pembuluh darah dan memperkuat otot jantung. Kandungan Omega-3 dalam ikan salmon juga mampu mengawal kolestrol dalam badan dan mencegah risiko terkena stroke. Vitamin D dan asid amino yang terkandung dalam ikan salmon sangat efisien dalam merangsang aktiviti otak dan menyebabkan memori otak berfungsi secara optimal. Risiko untuk mendapat Alzheimer dn Parkinson pada masa akan datang boleh dikurangkan dengan pengambilan ikan ini dalam hidangan anda. Daya ingatan juga dapat ditingkatkan dan risiko kemurungan boleh dikurangkan. Kajian juga menunjukkan bahawa seseorang yang memakan makanan laut beberapa kali seminggu dapat menurunkan berat badan sebanyak dua paun berbanding individu yang langsung tidak memakannya.


Telur juga merupakan salah satu makanan yang tidak kurang pentingnya untuk diet yang sihat. Walaupun telur mempunyai reputasi yang buruk dalam beberapa perkara, tetapi telur dapat membantu seseorang itu berdiet dengan sihat. Ada yang mengatakan telur merupakan sumber protein dengan kandungan nutrisi yang lengkap berbanding sumber protein yang lain. Sebutir telur rebus mengandungi tujuh gram protein dengan hanya dua gram lemak. Seperti vitamin, mineral merupakan antara zat yang diperlukan oleh tubuh badan. Kuning telur serta putihnya memiliki 13 jenis mineral seperti kalsium, magnesium, besi, potasium, sodium dan lain-lainnya. Meskipun kedua-dua bahagian telur masing-masing mengandungi mineral, namun kuning telur memiliki kandungan mineral yang lebih banyak. Contohnya, 90% kalsium boleh diperoleh daripada kuning telur manakala hanya 10% lagi diperoleh daripada bahagian putihnya. Kebanyakan orang takut untuk memakan telur kerana kolestrol tetapi sebenarnya choline dan phosphytidylcholine dalam kuning telur dapat membantu mengeak longgokan kolestrol dan lemak dalam hati dan pembuluh darah. Choline juga membentuk metabolite yang dipanggil betaine yang berfungsi mengurankan penyebab serangan sakit jantung. Hasil kajian menunjukkan bahawa dengan memulakan sarapan pagi dengan memakan telur, ia dapat membantu dalam melawan peningkatan berat sepanjang hari. Hal ini kerana kandungan protein di dalamnya akan membuatkan individu yang memakannya berasa sentiasa kenyang.


Sebenarnya pelbagai sayuran lain elok untuk diamalkan dalam diet sihat. Tomato merupakan salah satu contoh sayuran yang baik kerana ia mudah dimakan di mana sahaja selain rasanya yang enak dan unik. Tomato boleh diratah begitu sahaja atau digandingkan dalam pelbagai jenis masakan. Bagi mereka yang tinggal di Asia Barat dan Mediterranean menjadikan tomato sebagai bahan asas paling kerap digunakan dalam masakan mereka. Sayuran yang berasal daripada keluarga Solanaceae ini, tomato kaya dengan zat besi, serat serta vitamin A dan C yang diperlukan untuk mengekalkan kecergasan badan. Tomato juga mengandungi fruktosa, glukosa, asid folik, potasium, kalsium dan mineral garam. Warna merah pada tomato adalah disebabkan oleh likopena iaitu sejenis pigmen yang boleh menghasilkan warna merah pada sayur-sayuran. Pigmen ini penting kerana mempunyai antioksida semulajadi yang baik untuk kesihatan badan. Khasiat tomato akan lebih mudah diserap oleh tubuh badan jika diambil dalam bentuk jus, pes atau sos. Mengamalkan pengambilan tomato dalam diet seharian kita sedikit sebanyak boleh membantu untuk menjada kesihatan dalaman dan luaran tubuh badan kita. Untuk kesihatan tubuh badan yang baik, amalkan memakan satu atau dua biji tomato setiap hari tanpa perlu mengambil sarapan selama dua bulan. Walaupun tidak mengambil sarapan, tomato akan membekalkan elemen-elemen penting yang diperlukan untuk tubuh badan seperti tenaga dan gula semula jadi. Tomato juga bertindak sebagai agen pertahanan badan yang terbaik untuk mengurangkan risiko penyakit.


Sekiranya makanan ringan menjadi kegemaran, badam adalah pilihan terbaik untuk dikunyah. Badam merupakan salah satu golongan kekacang yang rendah karbohidrat tetapi tinggi kalsium dan protein. Selain itu, badam juga mengandungi serat semula jadi yang boleh dimakan mentah atau dijadikan bahan penambah rasa pada makanan lain. Badam juga mengandungi 20 kali lebih banyak protein jika dibandingkan dengan bijirin lain. Kandungan vitamin B dalam badam  mengatasi kandungan vitamin yang terdapat dalam sebutir telur. Begitu juga niasin yang dimilikinya melebih yang dimiliki oleh gandum. Walaupun badam mengandungi kuantiti lemak yang tinggi, namun 90% daripada lemak tersebut adalah lemak tidak tepu yang diperlukan oleh tubuh badan setiap individu. Kandungan lemak mono tak tepu yang tinggi dalam badam pula membuatkan badam menjadi senjata hebat bagi memerangi kolesterol LDL dalam badan. Badam juga mengandungi protein, serat, kalsium, magnesium, kalium, zinc, selenium, kuprum, phosphorus, biotin, riboflavin, niasin, besi, vitamin E serta antioksida lain yang tinggi. Segenggam badam dapat membantu untuk seseorang individu itu kenyang sepanjang hari. Hal ini kerana segenggam badam iaitu sekurang-kurangnya 35 gram, dapat membekalkan 45% daripada keperluan harian vitamin E dan manganese. hal ini menjadikan badam adalah makanan seimbang dan paling tinggi khasiat dalam golongan kekacang.  Asid folik yang terdapat di dalam badam pula dipercayai dapat menurunkan paras homocystein iaitu sejenis asid amino yang boleh menyebabkan saluran darah menjadi sempit selain mengurangkan risiko penyakit jantung dan darah. Hasil daripada kajian menunjukkan wanita yang memakan badam sekurang-kurangnya dua kali seminggu dapat mengekalkan berat badan mereka berbanding wanita yang tidak memakannya.  
 

Perkara yang paling penting untuk tampil sihat ialah memperbanyak pengambilan buah-buahan selain makan snek daripada kategori kekacang. Tubuh badan yang sihat memerlukan air yang mencukupi iaitu sekurang-kurangnya lapan hingga Sembilan gelas air setiap hari. Pengambilan makanan berlemak, kandungan gula dan garam yang tinggi juga harus dielakkan untuk amalan diet yang sihat. Terdapat banyak makanan dan juga minuman yang perlu dicegah dan dielak dalam diet harian untuk mendapatkan pemakanan yang sihat dan seimbang. Jika makanan ini boleh digantikan dengan makanan yang lebih berkhasiat dan segar, risiko penyakit dan masalah kesihatan boleh dikurangkan. Amalan makanan untuk diet sehat yang baik dapat mencegah lebih awal daripada merawat.